Monday, March 4, 2013

Eigth Post: Ini Sistem Kita, Tapi Kita Tetap Terperangkap

Bismillah,

Hari ini aku baru sahaja lepas mengharungi hari paling teruk dalam kehidupan aku. Teruk yang bagaimana? Susah aku nak gambarkan. Aku menuntut ilmu di sebuah universiti kejuruteraan yang mempunyai kedudukan baik di negara ini, tapi mentaliti penuntutnya, susah nak digambarkan. 
Teringat ayat Co-Founder TFTN pada saya dalam Twitter, tentang menyuruh saya lakuakn perubahan. 'Stay out of your comfort zone' Indeed!

Mereka pom-pang-pom-pang tidak puas hati pada sesuatu tapi bila diberi peluang untuk mengekspreskan rasa itu, merek berdiam diri. Mana hilangnya minda kelas pertama kita? Mana hilangnya tahap keyakinan tiada batas seorang pemikir oleh mahasiswa sperti kita? Mana hilangnya IQ tinggi  yang menjadikan kamu pelajar Anugerah Dekan Kelas Pertama jika perkara semudah ini kita tak mampu nak lakukan.

Kita bukan dipaksa untuk terus berada dijalan ini walau pun kita tak suka, bahkan kita siap dibentang peluang untuk suarakan pendapat kita sebagai seorang pemikir, namun akhirnya kecewa kerana soul ahli fikir ini semua hilang. Alasannya, tidak mahu campur tangan hal-hal seperti ini, alasannya lagi, selagi dia tak kacau kita, kita malas nak campur. Alasannya lagi, takpelah ikut jelah apa dia cakap.


Sampai bila? Bukan suruh anda memberontak, cukup untuk anda berikan pandangan. Anda mengaku mahasiswa bijak berintegriti dengan keputusan cemerlang, tetapi anda takut mahu tegakkan hak anda? Tetapi anda malu nak betulkan apa yang salah? Sistem pendidikan apa yang kita lalui selama ini sehingga minda kita terbelenggu se kronik ini? 

Patutlah ahli pemikir kita yang sedang berkhidmat pun sama saja dibelenggu sperti kita, sebab kita pun sudah dilatih dari awal lagi untuk membelenggu diri sendiri. 'Kau buat je apa aku cakap, selagi kau jaga aku, aku takkan kacau kau'  Inilah mentaliti ahli fikir sekarang. Aku tak kacau kau, kau jagan kacau aku. Aku tak nak masuk campur sebab bukan urusan aku (walaupun memang urusan kau cuma kau tak sedar).


Kita sekarang ini aku ibaratkan macam seorang banduan dalam bilik yang sangat gelap. Walaupun kita berpakaian cantik dan menarik untuk ditunjukkan pada orang ramai, namun dek kerana kegelapan itu, kecantikan itu tidak kelihatan, tidak zahir di mata. Kita dengar bunyi tikus berkeliaran di sekitar bilik penjara, namun kita tak mampu nak buat apa-apa kerana keadaan terlalu gelap walau kita tahu kewujudunnya tikus itu. Alasannya mudah, kerana kita masih terpenjara. Dan yang lebih sedih kita terpenjara dalam bilik yang kita anggap tempat beradu namun bertukar menjadi penjara yang gelap gelita sehinggakan keindahan persalinan yang di pakaikan pada tubuh pun tidak kelihatan. RUGINYA. BAJU CANTIK TAPI ORANG TAK NAMPAK. TAHU ADA TIKUS DALAM BILIK PENJARA TAPI TAK MAMPU NAK HALAU.

SEBAB. SEBAB KITA DALAM GELAP PENJARA.

Andai inilah yang kita peroleh selama 10 tahun lebih menuntut ilmu, mungkin kita patut ada rasa malu pada diri sendiri. Bukan mungkin tapi mesti. 

Seharusnya pendidikan menjadikan manusia itu manusia bukannya robot yang menurut kata. Apa saja di pinta kita menurut membabi buta tak perlu ada soal dan tanya. Justeru di mana nilai pendidikan dan menuntut ilmu jika yang di damba hanya bayaran bulanan kerja? Di mana nilai pendidkan jika yang di zahir hanya menghamba semata? Di mana nilai pendidikan jika fungsi minda di helaian putih cuma? Mungkin itu definisi pendidikan untuk kita? atau mungkin hanya pendidikan yang seperti ini yang layak untuk insan sperti kita? Pendidikan kerana harta bukan kerana nilai nya yang sebenar. Bijak betul kita ini. Jangan pendidikan itu cukup bila terima segulung ijazah sahaja.

Ini lah masalah kita. Silence and LISTEN. LISTEN LISTEN LISTEN!

Salam, anda tahu yang terbaik untuk anda, tapi ada yang mahukannya dan ada yang tidak ambil peduli. Terpulang.

p/s Additional reading here. (similar blogpost)

Sedap quote ni,
Source http://msocsite.blogspot.com/2013/01/comfort-zone.html


No comments:

Post a Comment

Contributors