Friday, March 1, 2013

Seventh Post: Dahulu Ini Sebuah Janji, Tapi Telah Dicapati.

Bismillah,


Kata mereka: "Nak buat proposal berbulan-bulan." -Ok sekarang dah berbulan-bulan dah rasanya (>3bulan).

Kata mereka: "Nak buat survey harga di universiti lain dahulu: -Ok, rasanya dah ada pihak yang provide maklumat tu.
" kolam renang larkin RM4.., klam renang seremban RM2.. Kolam Renang UIA Free; siap ada 2 kolam renang, satu untuk lelaki satu untuk perempuan.. Kolam renang UTM RM5, terpaksa ikut jadual pulak tu, and bukak lambat (pukul 9) =_="
          -petikan di facebook-

Kata mereka: "Beri kami masa" -Ok, nk berapa banyak lagi masa? Setahun, dua tahun?
____________________________________________________________________________

Ini bukan tentang isu kolam renang harga murah atau mahal. Ini tentang janji-janji yang ditaburkan. Ini tentang anda yang berjanji pada kami. Ini tentang perkara yang membuatkan kami undi anda kerana anda memberi kami harapan. 

Mungkin ini soal remeh dibandingkan denga isu politik nasional yang lebih hangat. Malah pasti ada pihak yang akan mengomel "Eleh, ini pun nak besarka, bukannya big problem pun. Dalam universiti je pun."
Ya betul, memang bukan isu besar, tapi besar atau tidak isu itu, tanggung jawab dan amanah yang dipikul sama besar sahaja dengan orang-orang yang terlibat dalam perkara yang lebih besar seperti isu poilitik nasional.

Mereka tidak salah sepenuhnya. Ada perkara yang mereka lakukan dengan baik dan tahniah untuk itu. Cuma, sedikit kelompongan seperti ini boleh menyebabkan pelbagai isu berbangkait, khusus insan-insan yang cuba menjatuhkan anda. Sebab, semasa awal kempen dulu, manifesto ini semua anda jadikan seolah-olah objektif perjuangan anda yang utama, namun setelah di pilih mejadi wakil kami berdasarkan manifesto itu, terus, sunyi sepi perlaksanaan manifesto. Mana turun harga kolam renang? Mana janji tandas bersih? Mana janji coach shuttle khas untuk wanita? Mana janji peningkatan perkhidmatan bas? Kalau bukan pada kertas flyers yang melambak bersepah di lantai usai pilihan raya yang akhirnya dikutip oleh makcik-makcik cleaner.

Salam, one who says, once didn't care, even until now.




No comments:

Post a Comment

Contributors