Sunday, January 13, 2013

Fourth Post: Niat; Ikhlas atau Tidak? Siapa yang Menilai?

Bismillah.

Sedih? Terasa hati? Geram? Kecewa? Memang pun ada rasa itu. -_-" Saya pun manusia. Saya ada emosi. Bukan teguran itu yang buatkan saya sedih, bukan sarcasm anda yang buat saya geram dan kecewa. Tapi bila anda menilai saya seolah-olah saya tiada emosi walau sedikit. Tapi bila anda menilai niat saya seolah-olah tanda aras saya ialah malaikat dan seolah-olah anda tahu setiap niat dalam hati saya, dan anda boleh baca apa dalam hati saya. Saya tahu, mungkin tweet-tweet saya pasal saya usai recycle itu kutip sampah ini mungkin menganggu anda sedikit sebanyak. Ikhlas dari saya andai anda benar terganggu dengan tweet2 tu, saya dah pun delete tweet tu. Bukan niat saya nak menunjuk-nunjuk atau riak dengan apa yang saya buat, tapi mungkin sebab saya terlalu penat emosi dan fizikal buat semua perkara tu.

Cukuplah kalau saya kata bahawa jika anda rasa saya buat semua tu semata-mata untuk duit, usaha saya tu memang langsung x berbaloi. Bukan nak cakap apa, atau kondem atas usaha itu, tapi cuba bayangkan kalau anda di tempat saya, anda kena habiskan duit minyak motor/kereta paling kurang 2-7 rimnggit sehari semata-mata untuk kutip dan pusing satu UTM dan Taman Universiti untuk cari barang2 recycle yang hasilnya sehari x sampai pun 20kg. Duit mungkin bukan masalah, tapi air muka, rasa malu, ego direndahkan pergi dari satu kedai ke satu kedai minta barang recycle. Kadang-kadang sampai ada yang respon nya sgt keras, seolah-olah kami ni peminta sedekah pulak cara layanan yang diberikan. Tapi tak pe lah mungkin itu yg layak bg kami di mata mereka. Belum lagi pasal penat fizikal angkat kotak-kotak yg besar-besar bawak naik bilik, walaupun guna lif. Bukan niat mengungkit atau bermegah, cuma sedikit luahan emosi yang tak terbendung bila ada yang tuduh niat kami semata-mata untuk duit tu. Kalau betul kami nk duit tu, saya tak kan baya aunty kedai tu RM 6 untuk 20 kotak yg berat x sampai satu kilo pun. Satu kilo tu kalau bawa pegi recycle x sampai seringgit pun. Tp niat kami memang nak jadikan program environmentally friendly and dgn niat nk pegi poor countries and help people there who are in need.

Maaf dari saya andai post ini bebaur riak,atau tidak ikhlas, tapi ini luahan hati saya dan beberapa rakan lain. Kami tahu cukuplah Allah yang menilai perbuatan kami, tapi kami manusia, ada perasaan. Mudah tersentuh, mudah terasa, hati mudah terguris tambah-tambah lagi bila dipersoalkan pula keikhlasan kami. Secara jujur mungkin dalam hati ini masih ada sekelumit niat untuk duit itu,tapi setiap kali saya terfikir pasal hal ni, dan saya fikir balik dengan penat lelah, malu dan sebagainya yang saya lalui, saya terus ingat Allah dan niatkan agar ikhlas buat hal ini dan agar ibu ayah saya juga dapat saham akhirat ni. InshaAllah. Walaubagaimana pun, jutaaan terima kasih kepada rakan-rakan yang igtkan saya ttg soal ikhlas bila melakukan sesuatu, sebab terkadang saya terlupa akan hal itu, maklumlah saya sikit pun x sempurna, hari-hari masih dgn dosa, tidak 24jam ingat pada Pencipta, mujur ada rakan yang sanggup mengingati walaupun dlm nada agak tajam. Moga Allah merahmati kalian dan kami juga.

Cuma satu sahaja yang saya minta dari anda, cukuplah menilai isi hati insan yang lain. Merka tak sempurna. Mereka manusia yang lupa. Andainya, kata-kata atau kondem-an anda telah membuat merak terguris dan akhirnya menjauhkan lagi merak dari Illahi? Bukan semua orang boleh ambil teguran dari sudut positif. Tapi jika meman natura anda suka menilai orang, sekurang-kurangnya hentikanlah menilai keikhlasan orang lain. Ikhlas itu x nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu niat dalam hati hambaNya. Sedangkan si pemilik hati pun tidak tahu tahap keikhlasan dia dalam sesuatu perbuatan. Risau bila keikhlasan nya jadi keraguan, beliau akan terus tinggalkan usaha yang sedang dilakukan. Cukuplah Si Pencipta Hati ini yang menilai keikhlasan hambaNya. Teguran membina sangat diperlukan tetapi bukan kritikan yang menjatuhkan. Kerana itulah dalam berdakwah pun, ada hikmah berdakwah. Bukan dakwah membuta-tuli. Sebaliknya muliakan lah orang itu supaya teguran/dakwah itu lebih berkesan.

Salam, be sincere and share the benefits with everyone especially our Parents since they already got our sins when we just a kid back then. :)


No comments:

Post a Comment

Contributors