Friday, January 11, 2013

Quick Post 4: Salah Faham aka Misunderstanding

Bismillah,

Acap kali kita mengalami hal ini, tidak kira lah kita ni baik ke tidak ke? Cukup ke tidak solat tu, memang harus kita pernah mengalalmi masalah ini. Masalah bernama masalah salah faham. Salah faham terhadap apa? Yang nak dibincangkan di sini ialah salah faham terhadap tindakan atau perkataan kita terhadap orang lain dan sebaliknya. Sebagai contoh, bila kita ada seseorang mengur kita, memang kadang-kadang berapi je dalma hati ni. 'Mintak buku lima agaknya mamat ni. Haih' *hati kecil bermonolog saat ditegur oleh seseorang. Hal ini lumrah kepada kita manusia. Semua orang nak rasa diri dia betul. Walaupun, kadang-kadang kita sedar teguran itu sebenarnya betul dan bukan semata-mata nak menjatuhkan kita. Namun disebabkan naluri kita sebagai INSAN, maka wujud perasaan kurang puas hati.

Hal nya disini adalah, adakah salah perbuatan tegur menegur itu? Walaupun orang yang tegur kita itu mungkin tidak lah bagus mana pun. Banyak juga perangai dia buat, namun andai tegurannya itu betul dan mengajak ke arah yang baik, kenapa kita mesti menilai peribadi si penegur over the advice itself? Sedangkan, tiada manusia yang sempurna. Kita sendiri pun banyak buat silap, sedar atau tidak. Jadi tidak perlu lah nak melabelkan mereka-mereka yang menegur ini sebagai 'bajet bagus', 'bajet baik'. Bukankah kita disuruh saling ingat mengingati sesama sendiri? Mungkin dia tegur kita sebab itu salahs atu cara dia memperbaiki diri dia? Kan bersangka baik itu lebih baik?

Jadi, jika kita ditegur, dan teguran itu boleh menjadi medium untuk kita memperbaiki diri, tidak salah kita terima teguran itu hatta dari orang yang paling hina di muka bumi ini? Kerana jika kita cuma membenarkan teguran hanya dari manusia yang sempurna memang sampai kiamat kita tidak akan ditegur, sebab tiada manusia yang sempurna. Kan?
Salam, keep calm and be better Muslim.

footnote: Video Post related; redirect here (2 X 5) (Mr The All Shared, 2013). Do follow their Youtube Channel; Mr The All Shared  and like their facebook page !

No comments:

Post a Comment

Contributors