Monday, January 14, 2013

Fifth Post: Betulkah Redha?

Bismillah,
Source Chicagoland;Neuropsychology 
"Hari ini, iaitu 3 hari selepas berakhirnya Final Exam Semester 3, maka dengan terkejutnya, telah keluarlah keputusan bagi subjek yang agak tertentu. Ada yang dapat result ok dan memuaskan hati dan ada yang tidak. Tapi apa pun result yang keluar, kita kena terima je la. Sebab usaha,doa dan tawakkal semua kita dah buat. Lagipun bukan keputusan gred yang aku ukur sebagai pencapaian akademik ku mulai semester ini, tetapi seberapa banyak yang aku boleh gunakan untuk manfaat diri ku dan keluarga bila sudah graduate nanti. Dan cara ini lebih berkesan untuk aku melepaskan rasa kecewa jika keputusan itu mungkin tidak mencapai target. Tapi semester ni ak dah takde target apa-apa dah. Apa yang Allah beri itu yang aku terima."

Hatiku bermonolog.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata-kata di atas memang sangat mudah nk diungkap tambah pula bila di ekspres di dalam hati cuma. Namun bila kita betul-betul melalui situasi itu, baru kita tahu dan sedar betapa beratnya dan sukarnya untuk hati ini menerima keperitan bila melihat keputusan tidak seperti diharapkan. Perkara ini bukan berlaku sekali sekala. Dalam 13 tahun menjadi penuntut ilmu dunia, selama 13 tahun itu jugalah situasi ini harus ditempuhi. Tapi, pelik, mengapa walaupun dah 13 tahun mengahadapi perkara yang sama berulang kali, namun masih hati tidak lembut dan tidak mudah untuk terima dengan tenang. Kenapa? 

Terkadang, bila teringat betapa tidak bersyukur nya diri ini dengan apa yang Dia telah kurniakan hati rasa sangat sebak, air mata mula mencurah tetapi tidak secara zahir, kerana malu, aku sebagai hamba yang usaha dan yakin padaNya tidak seberapa tetapi mahukan yang paling baik walhal apa yang aku berikan pada Nya langsung tidak setimpal. Ini kah sikap hamba? Bukan. Ini sikap manusia yang tidak kenal erti syukur.Aku dikira beruntung, kerana masih mampu dan punya kudrat untuk log in ke web dan semak keputusan ku. Walhal, ada rakan seperjuangan ku yang bukan sahaja tidak mampu berbuat sedemikian malah tidak sempat untuk merasa perasaan menduduki peperiksaaan. Tidak sempat untuk merasa menyambut tamatnya peperiksaan dengan rakan-rakan. Betapa besarnya nikmat yang Dia dah beri pada kita.

Terkadang aku terkilan, kerana terdetik dalam hati mengungkit; 'aku dah study siang malam nk dapat excellent subjek ni subjek tu, tapi kenapa tak dapat? Apa salah aku? Aku dah usaha kot, aku dah doa kot? Takkan usaha aku x cukup? Pelil pelik.' Tapi tanpa kita sedari, kita seolah-olah telah mempersoalkan pula kebijaksanaan Allah dalam menguruskan hambaNya. Sedangkan Dia sahaja yang tahu apa yang tidak kita ketahui. Kita yakin dengan usaha yang bnyak kita boleh dapat keputusan cemerlang. Padahal usaha itu sikit pun tidak menyumbang kepada keputusan kita melainkan dengan izin Allah. Susah betul nak tanam yakin dalam diri bahawa cuma Allah yang punya kuasa atas tiap2 sesuatu, bukan benda lain. Jadi hari ini, Allah dah tunjukkan depan mata kita semua, depan mata aku, depan mata kita yang usaha kita tidak ada kuasa langsung terhadapa apa pun, tetapi cuma Dia. Cuma Dia yang ada kuasa ke atas kita. 

Bila rasa syukur tu hilang, bila ada rasa kecewa, cuba bisikkan dalam hati kita, ingatkan kembali tujuan kita belajar, ingatkan semula kenapa kita di sini? InshaAllah, hati akan lapang seketika.
Source http://4.bp.blogspot.com
Salam, keep calm and have faith. :)

2 comments:

Contributors